MELAKA – Sekretariat Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Kerajaan Perpaduan menafikan wujud keretakan hubungan antara MCA dan Pakatan Harapan (PH) susulan keputusannya untuk tidak turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.
Ketua sekretariatnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebaliknya berkata, dakwaan itu hanyalah mainan persepsi Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Politik ini biasalah bermain persepsi (dan) Sanusi dia mesti ada mainkan isu sensasi baru dia boleh hidup.
“Tidak ada keretakan apa-apa… sebelum ini pun dia (Sanusi) kata MIC tak mahu berkerjasama (dan) hari ini MIC akan melancarkan bilik gerakannya di Kuala Kubu Bharu,” katanya.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO itu berkata, MCA sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) juga telah menghadiri mesyuarat penyelarasan kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
“Maknanya, setakat ini saya tidak melihat ada masalah keretakan hubungan tapi perbezaan pandangan itu biasa.
“BN dulu pun ketika kita ada 14 parti-parti komponen, ada perbezaan pandangan tapi ianya ditangani secara bijaksana dan bersemuka di dalam mesyuarat.
“Semua parti ada wakil dan semua parti memainkan peranan secara proaktif jadi perbezaan itu biasa…sedangkan lidah lagi tergigit, suami isteri pun boleh bergaduh apatah lagi tidur sebantal mimpi lain-lain,” – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment