NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AMK mahu Dr Akmal bertanggungjawab



KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengambil serius akan rentetan siri-siri kebakaran cawangan KK Mart akibat unsur sabotaj daripada pihak tertentu.

Ketua Penerangannya, Nabil Halimi berkata, pihaknya kesal dengan sikap Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr. Akmal Saleh dalam isu stoking KK Mart walaupun telah diambil tindakan oleh polis.

“Sudah kami tegaskan sebelum ini, seorang pemimpin politik harus meredakan suhu api ketegangan kaum masyarakat kita yang majmuk dan bukan sebaliknya.

“Namun, Dr Akmal Saleh seolah-olah masih berdegil dan sehingga kini beliau masih berdalih dan tidak mengakui kesan disebabkan keghairahan dan keterlanjurannya dalam isu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan ini dibuat susulan dua kejadian serangan molotov cocktail di cawangan KKM Mart di Pahang dan Bidor.

Dr Akmal adalah individu yang paling lantang melahirkan kemarahan kepada KK Mart yang menjual stoking kalimah Allah.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau mempertahankan pendiriannya berhubung isu tersebut, selari dengan peranan UMNO yang mempertahanakan agama Islam.

Mengulas lanjut, AMK menggesa Dr Akmal Saleh untuk mengambil tanggungjawab atas ketegangan masyarakat yang semakin berlarutan yang mula disemarakkan menerusi gesaan beliau untuk memboikot perniagaan tersebut.

Katanya, agama Islam harus ditegakkan dengan hikmah dan bukannya dengan kemarahan yang berlebihan. 

“Janganlah kerana sikap melampau kamu, negara ini binasa. Sabda Nabi Muhammad SAW Awasilah kamu dalam melampau dalam beragama, karena binasanya orang-orang sebelum kamu adalah disebabkan sikap melampau mereka dalam beragama (Riwayat Ibn Hibban).

“Pemimpin muda harus radikal menjadi penyatu idealisme bangsa Malaysia dan bukannya menjadi pemecah fabrik sosial negara ini yang sudah dibina dengan asas yang kukuh oleh bapa-bapa negara bangsa Malaysia.

Justeru, AMK menyeru kepada seluruh masyarakat untuk kekal bertenang serta beri ruang dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan tugas mereka dalam menyelesaikan kes ini.

“Kekalkan keamanan dan kerukunan hidup aman damai yang sekian lama sudah menjadi asas dan kekuatan negara kita yang berbilang bangsa,”  ujarnya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo