NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akmal harus henti kempen boikot, kata menteri Sarawak

Menteri Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) berkata kempen boikot seperti dimulakan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menimbulkan ‘lebih tekanan’ kepada negara.


PETALING JAYA: Menteri Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menghentikan kempen boikot KK Mart yang dilakukannya kerana tindakan itu tidak baik untuk negara.

Pada sidang media di Kuching, menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan itu berkata Akmal harus mempertimbangkan keadaan negara secara keseluruhan.

“Mereka yang seolah-olah menyokong dan cuba mencipta kempen boikot dan perkara-perkara seperti itu, anda mencipta ‘lebih banyak tekanan’ untuk negara kita. Tidak kira anda daripada Umno atau mana-mana parti. Lihatlah negara secara keseluruhan.

“Kamu boleh jadi ketua Pemuda Umno tetapi kamu tidak boleh bermain dengan hasutan begini, memboikot ini dan itu, mempermainkan isu agama. Saya secara peribadi berpendapat ini tidak begitu bagus,” katanya.

Karim juga mempersoalkan mengapa polis mengambil masa lama untuk menahan individu di sebalik serangan bom petrol di tiga cawangan KK Mart, termasuk satu di Kuching.

Naib presiden Gabungan Parti Sarawak menggesa polis segera menangkap penjenayah itu, kerana insiden lebih buruk mungkin berlaku jika tindakan tidak diambil.

“Saya sendiri hairan kerana siasatan dan tindakan diambil agak lambat,” katanya.

Kontroversi bermula pada 13 Mac apabila gambar stoking tertera kalimah Allah di cawangan KK Mart di Bandar Sunway tersebar di media sosial.

Syarikat itu mengeluarkan permohonan maaf, tetapi Akmal terus berkempen untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka terbabit di seluruh negara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menitahkan jangan ada pihak mengambil kesempatan ke atas isu itu termasuk menghasut rakyat.

Tindakan Akmal dikritik banyak pihak, dengan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa Akmal berhenti menghentam KK Mart.

Pengasas dan Pengarah KK Mart Chai Kee Kan dan Loh Siew Mui yang dihadap ke mahkamah, mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain kerana menjual stoking itu.

Sementara itu, Karim berkata serangan bom petrol di Kuching adalah di luar jangkaan kerana Sarawak dikenali sebagai negeri yang aman dengan tahap toleransi yang lebih tinggi “berbanding dengan negeri lain”.

Beliau sekali lagi menggesa Kementerian Dalam Negeri dan polis memastikan pihak yang terlibat dalam serangan ke atas kedai KK Mart dapat diberkas segera bagi mengelak isu itu berlarutan.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo