NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zaid khuatir siasatan terhadap Teo Kok Seong burukkan ketegangan

Zaid Ibrahim mencadangkan agar pemimpin masyarakat berhimpun dan membincangkan isu berbangkit.


PETALING JAYA: Memfailkan laporan polis terhadap ahli akademi, Teo Kok Seong, berhubung kenyataan mengenai sistem sekolah vernakular dikhuatiri boleh memburukkan ketegangan kaum, menurut Zaid Ibrahim.

Bekas menteri undang-undang itu, berkata menuduh seseorang seperti Teo di mahkamah akan merenggangkan hubungan dalam masyarakat.

“Bagaimana ini membantu hubungan kaum?” soal Zaid di platform media sosial, X.

“Adakah kita perlu bergegas ke balai polis setiap kali satu pihak rasa terkilan dengan apa yang dikatakan oleh pihak lain?”

“Sebaliknya kita patut ke dewan orang ramai, himpunkan pemimpin masyarakat, dan sama-sama saling berbincang. Kita patut tanya benarkah sentimen sedemikian berleluasa dan dalam keadaan apa ia dituturkan.”

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini, berkata Teo sedang disiasat berikutan kenyataannya mengenai sistem sekolah vernakular.

Katanya, Teo disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu berkenaan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu berkenaan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Teo, yang merupakan seorang felo utama di Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia, dikritik Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, minggu lepas kerana didakwa membuat kenyataan menghasut tentang masyarakat Cina.

Teo dilapor mendakwa sekolah vernakular boleh menghalang perpaduan negara, antara lain, dalam video yang disiarkan oleh Merdeka Times.

Zaid menegaskan perlu ada usaha untuk mengenal pasti punca perasaan tidak puas hati dan rungutan yang bukan dibuat-buat, serta mencari penyelesaiannya.

“Lagipun kita bukan masyarakat yang agresif; boleh menyesuai diri dan menyenangkan sifat semula jadi kita.

“Bukankah kita terkenal dengan bertolak ansur?”


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo