NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UTM tubuh Fakulti Kecerdasan Buatan

Fakulti Kecerdasan Buatan UTM memberi tumpuan kepada nilai kemanusiaan. - Foto REUTERS

Fakulti Kecerdasan Buatan UTM memberi tumpuan kepada nilai kemanusiaan. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menubuhkan Fakulti Kecerdasan Buatan yang pertama di negara dengan memberi tumpuan kepada nilai kemanusiaan, bagi melahirkan graduan beretika dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata nilai kemanusiaan yang diterapkan penting supaya teknologi AI dapat diurus tadbir dengan baik dan tidak disalahgunakan.

Beliau berkata, fakulti itu yang mendapat peruntukan awal RM20 juta melantik futuris AI, Zack Kass sebagai Prof Adjung bagi mendapatkan kepakarannya dalam membangunkan nilai kemanusiaan dalam kurikulum AI yang diwujudkan.

"Nilai etika amat penting dalam penggunaan teknologi kerana tanpa etika ia bakal menimbulkan masalah pada negara.

"Kami akan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan melalui kurikulum ini dalam kehidupan seharian pelajar bukan sahaja di fakulti malah kepada seluruh warga UTM," katanya di sini hari ini.

Selaras dengan penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM juga diberi tanggungjawab meneraju Konsortium Kecerdasan Buatan Malaysia yang menggabungkan universiti awam dan industri utama dalam penyelidikan teknologi itu di negara ini.

Menurut Ahmad Fauzi, konsortium ini ialah program penyelidikan teknologi AI dengan menjalankan inovasi dalam bidang tertentu termasuk pembuatan, kesihatan, pertanian, tenaga, perubahan iklim dan ekonomi.

"Sebagai contoh, dalam teknologi perubatan, kami mungkin akan melantik universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut seperti Universiti Sains Malaysia (USM) atau Universiti Malaya (UM).

"Melalui konsortium ini, semua universiti boleh bekerjasama dengan UTM dalam membangunkan teknologi AI untuk kesejahteraan masyarakat dan pembangunan ekonomi negara," katanya.

Konsortium itu juga, katanya, akan dapat membantu negara melahirkan bakat yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkompetensi dalam bidang AI bagi memenuhi pasaran. – BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo