NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umat Islam digesa bersatu boikot KK Mart




SEREMBAN: 
Seluruh umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk memboikot kedai serbaneka KK Mart yang terlibat menjual stoking tertera kalimah Allah.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan bersama oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) serta Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak negeri.

“Bagi BPPNS, ini sebenarnya satu lagi agenda halus kelompok cauvanis yang mahu menormalisasikan penghinaan ke atas Islam tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa, dan ia akan berulang kembali.

“Sedangkan apabila ia melibatkan orang Islam dan Melayu, maka tindakan dan desakan tegas akan dibuat kelompok ini agar orang Islam diambil tindakan,” ujar kenyataan itu.

Namun, katanya, dalam keadaan itu dapat dilihat pemimpin Melayu yang ada dalam Kabinet kerajaan Madani langsung tidak berani bersuara kerana ia isu melibatkan kelompok yang dekat dengan ‘abang long’ mereka.

Tegas kenyataan itu, BPPNS memandang serius isu stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart, dan selepas bantahan berlalu polemik serius antara pemimpin politik.

“Khasnya selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh membuat kenyataan menyeru boikot KK Mart disambut dengan lantang oleh pemuda DAP dan MCA yang membidas seruan boikot tersebut,” ujarnya.

Justeru, pihaknya menyeru Dr Akmal yang juga lantang bersuara untuk menggesa pemimpin mereka bersuara seterusnya mengambil tindakan melancarkan boikot secara besar-besaran, malah tidak mustahil hingga boleh memutuskan hubungan dengan mereka yang membela penghina Allah itu.

“BPPNS dan ahlinya juga bersama melancarkan kempen boikot pasar raya terbabit kerana ia satu tindakan yang paling biadab dan amat menjejaskan keharmonian agama.

“Tiada jalan lain bagi mengajar kelompok ini dengan cara boikot sebagaimana kami juga memboikot barangan yang ada kaitan dengan negara haram Israel,” ujar kenyataan itu.

BPPNS juga menyanjung tinggi ketegasan Istana Johor yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera ke atas pihak yang menghina nama Allah.

“Kami juga merayu dan menyeru seluruh ummah yang mengaku Islam agar bersatu bersama memboikot pihak yang biadab ini, agar mereka tahu kuasa beli Melayu Islam bisa melumpuhkan perniagaan mereka kerana kebiadaban mereka menyentuh kalimah Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo