NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TVET: KPT perlu masuk kurikulum kerohanian




KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak meninggalkan kurikulum kerohanian atau keagamaan agar dapat melahirkan manusia seimbang, demikian saran Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh).

“Oleh kerana kita tahu bahawa mahasiswa adalah merupakan aset untuk kepimpinan negara. Saya mencadangkan supaya KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) mengadakan Debat Perdana peringkat IPT.

Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pendidikan Tinggi semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata bahawa beliau tidak menafikan dari segi kurikulum kerohanian.

“Bahawa seperti yang saya sebutkan tadi salah satu contoh dalam konteks KOSEN itu telah memberi impak yang sangat baik untuk kita contohi.

“Walaupun dalam konteks TVET sekarang ini pun sudah ada, tapi kita perlu merangka dengan lebih mantap lagi supaya apabila kita lahirkan nanti sama ada graduan daripada TVET mahupun daripada universiti kita akan lahirkan manusia yang benar-benar berimbang sifatnya,” jawab beliau.

Seterusnya menurut beliau, berkaitan dengan debat KPT debat telahpun dilaksanakan.

“Memang setiap tahun kita ada dan kita ini merupakan antara salah satu program yang Indera Mahkota sangat suka sekali. Yang berkaitan dengan Indera Mahkota memang pakar dalam bidang debat,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 13/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo