Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah etika kewartawanan perlu dipatuhi setiap masa dan mengingatkan jangan menyimpang membuat interpretasi. |
PETALING JAYA: Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah zahir rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita memuat naik laporan bersifat fitnah mengaitkan titah baginda merujuk satu parti politik.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mohamed Zahari Yahya, berkata laporan bertarikh 22 Mac itu bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.
“Paduka Baginda menegaskan bahawa titah Baginda ketika sesi Taklimat Pembangunan Daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan oleh portal berita berkenan.
“Kenyataan Paduka Baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum. Ianya memberi maksud mengingatkan supaya masjid yang merupakan tempat ibadat buat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu merujuk tajuk artikel portal itu “Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS”.
Zahari berkata, Sultan Abdullah turut mengingatkan semua pengamal media supaya meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar dari maksud sebenar.
“Etika kewartawanan perlulah dipatuhi pada setiap masa,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment