NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak boleh pertikai kenaikan cukai, bimbang takutkan pelabur?



PETALING JAYA: Pakar ekonomi memberi amaran mempolitikkan kenaikan 2% cukai perkhidmatan bagi sektor tertentu akan memberi buruk pada keyakinan pengguna dan pelabur.

Walaupun meningkatkan cukai bukan langkah popular di seluruh dunia, Yeah Kim Leng daripada Universiti Sunway berkata amat penting semua pihak faham secara mendalam keperluan menggembleng hasil yang lebih tinggi.

Peningkatan itu akan mengukuhkan pembiayaan awam sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat serta kesejahteraan masyarakat, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi, katanya.

“Justeru, isu tersebut tidak sepatutnya dipolitikkan kerana akan beri kesan buruk pada keyakinan pelabur dan prospek pertumbuhan negara,” katanya kepada FMT.

Bermula 1 Mac, kadar cukai perkhidmatan bagi beberapa sektor dinaikkan daripada 6% kepada 8%, namun tidak melibatkan makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, dan perkhidmatan letak kenderaan.

Yeah berkata, kerajaan perlu meningkatkan hasil bagi mengurangkan defisit tahunan dan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi menambahbaik kualiti kesihatan, pendidikan, perumahan, dan perkhidmatan penting.

“Tahap percukaian di Malaysia pada masa ini berbanding negara-negara setara adalah dianggap rendah, malah berbanding dengan trend-trend masa lalu.

“Bagi mengurangkan impak negatif yang tidak adil ke atas kumpulan berpendapatan rendah, maka perkhidmatan penting terpilih seperti makanan dan minuman, telekomunikasi, dan logistik tidak terlibat.

“Meskipun peningkatan kadar cukai akan memberi kesan pada semua pengguna tanpa mengira paras pendapatan, segmen masyarakat yang tidak mewah boleh akses pelbagai program bantuan sosial termasuk pemberian tunai bagi menampung kenaikan kos sara hidup.”

Yeah berkata perbelanjaan awam ditingkatkan bagi menangani wabak Covid-19 dan kemerosotan ekonomi yang menyusul, sekali gus menyebabkan kesenjangan perbelanjaan dan pendapatan yang besar dan dibiayai oleh pinjaman.

Memandangkan defisit fiskal yang tinggi dan tahap hutang adalah tidak mampan untuk jangka masa yang panjang, beliau berkata anggaran RM3 bilion yang dijangka dikutip ekoran kenaikan cukai perkhidmatan itu akan membantu kerajaan mencapai defisit yang lebih rendah tahun ini, berbanding 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023.

Mengulas tentang kemungkinan berlakunya pencatutan, Yeah berkata ia membimbangkan jika pedagang dan perniagaan mengambil kesempatan meningkatkan harga untuk menambah margin untung.

Tindakan itu akan mengakibatkan inflasi meningkat, terutama jika “cost-pass-through expenses” mengatasi kenaikan 2% yang dilevikan ke atas kos perkhidmatan-perkhidmatan dan input-input lain.

“Cost-pass-through expenses” adalah bayaran yang dikenakan pihak ketiga ke atas sesebuah syarikat, yang dipindahkan secara langsung kepada pelanggan.

“Walaupun inflasi keseluruhan dijangka meningkat sikit antara 0.1% hingga 0.2%, pencatutan bersekali dengan jangkaan inflasi luar kawalan, mungkin akan meningkatkan inflasi mengatasi trend jangka masa panjang 2-2.5% negara.

“Memastikan inflasi rendah dan stabil akan memberi manfaat kepada semua memandangkan kuasa beli tidak terjejas sementara pertumbuhan berterusan serta kenaikan upah dan pendapatan mengatasi inflasi,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo