NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada bonus, kita sudah beri lebih sebelum ini – PM



KUANTAN – Kerajaan memutuskan tidak memberi bonus kepada penjawat awam sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tesebut dalam pertimbangan berikutan kerajaan baru sahaja membuat Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 pada 23 Februari lalu.

“Kita baru umum RM2000 dan ini lebih dan ini lebih dari tahun sudah kemudian dalam beberapa bulan ni kita akan luluskan skim persaraan naikkan gaji. Jadi kita kena lihat konteks itu.

“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awam dan untuk skim persaraan ini akan naik lagi. Jadi berita terlalu baik untuk penjawat awam, RM2,000 itu untuk raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui seelepas sesi Walkabout Bazar Ramadan Taman Kerang, di sini, hari ini.

Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan kewangan khas sempena Aidilfitri.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Bayaran insentif awal itu turut diberikan kepada penjawat awam lantikan kontrak. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo