Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob berkata beliau terpaksa menggunakan gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen untuk menampung perbelanjaan pejabat dan kebajikan penduduk di kawasan itu. |
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob mendakwa ada menerima tawaran menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, namun menegaskan lebih rela letak jawatan daripada menggadaikan prinsip.
Dalam satu program temubual disiarkan di Facebook TV PAS, Fathul berkata beliau dihubungi seorang “wakil” berhubung tawaran untuk menyokong kerajaan pada hujung Oktober lalu.
“Hujung bulan 10 saya ‘down’ duit tidak ada, masa itu saya dapat tawaran-tawaran ini, (ada pihak tertentu) telefon nak jumpa.
“Saya (kemudian) jumpa ketua pembangkang (Hamzah Zainuddin), saya kata kalau macam ini saya rasa nak berhentilah, nak sokong ‘PMX’ (Anwar) tak mungkin,” katanya.
“Saya kata kalau saya tak mampu dari segi kewangan saya lebih rela letak jawatan (Ahli Parlimen) dan biar rakyat memilih semula wakil rakyat yang layak”.
Bagaimanapun, Fathul yang juga ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu berkata, beliau membatalkan hasrat itu selepas mendapat nasihat dan kata-kata semangat daripada Hamzah.
Katanya, pengalamannya menjadi Ahli Parlimen Gerik lebih setahun lalu cukup mencabar, beliau terpaksa menggunakan gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen untuk menampung perbelanjaan pejabat dan kebajikan penduduk di kawasan itu.
“Boleh dikatakan setiap bulan saya belanja tak kurang RM15,000, untuk pejabat, gaji pekerja dan sebagainya, memang tak cukup.
“Ini peluang saya perjelaskan kepada rakyat di Parlimen Gerik khususnya, sejak jadi wakil rakyat, terus terang, saya hanya dapat gaji sahaja, peruntukan parlimen yang kata setahun RM4 juta hingga RM5 juta kita tak dapat langsung,” katanya.
Setakat ini enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan.
Enam ahli Parlimen tersebut adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Pada Rabu lalu, Adun Selat Klang dari Bersatu Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment