NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu kawal elak padi dijual ke negeri lain



KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Padi Negeri Terengganu mempunyai mekanisma kawalan bagi mengelakkan hasil padi di negeri ini dijual ke kilang padi di negeri lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, jawatankuasa itu yang dipengerusikan Exco Pertanian melibatkan semua jabatan, agensi dan badan berkaitan dalam kluster padi negeri.

Menurutnya, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dengan kerjasama Bernas.

Beliau berkata, justifikasi kawalan itu ialah disebabkan ketidakcukupan padi dalam kalangan pengilang tempatan dan hasil padi dalam negeri ini.

Tambahnya, di Terengganu terdapat empat kilang padi yang beroperasi di mana tiga adalah milik bumiputera.

Berdasarkan justifikasi itu, ujarnya kerajaan negeri melalui bahagian Kawalselia Padi Beras negeri telah melaksanakan beberapa langkah kawalan.

Jelas beliau, antaranya arahan pembekuan semua permit pemindahan padi keluar dari Terengganu. 

“Sebaran pemindahan padi tanpa permit adalah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Di samping itu, katanya Bernas tidak akan membayar subsidi harga padi kepada petani yang menghantar hasil padinya ke kilang padi di negeri lain.

Selain itu, katanya Bahagian Kawalselia Padi dan Beras menjalankan rondaan dan pemeriksaan berkala di sempadan bagi memastikan tiada pelanggaran arahan dan kesalahan dilakukan.

“Membuat pemeriksaan bagi memastikan harga lantai belian padi RM1,300/tan di kilang-kilang dalam negeri mengikut ketetapan harga kawalan yang ditetapkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/3/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo