Jabatan Penerangan memaklumkan selepas enam bulan, media dalam talian itu boleh memperbaharui kad perakuan sama seperti kategori lain sehingga dua tahun. |
PETALING JAYA: Sah laku kad perakuan bagi pengamal media dalam talian yang baharu berdaftar dengan Jabatan Penerangan (JaPen) dihadkan kepada enam bulan, antara lain untuk mengekang penyebaran maklumat palsu.
JaPen dalam kenyataan berkata tempoh itu juga untuk memastikan syarikat media itu beroperasi secara aktif dan sahih.
Menurutnya, selepas tempoh berkenaan, tempoh kelulusan yang diberikan adalah sama seperti ketegori lain.
Dalam pada itu, kad perakuan bagi media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media dalam talian adalah dua tahun.
Bagaimanapun, bagi pengamal media antarabangsa berwarganegara Malaysia dilanjutkan setahun lagi, menjadikan tempoh sah dua tahun.
Menurut kenyataan itu, kad perakuan bagi pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media ditetapkan setahun, yang mana tempoh itu juga terpakai kepada pengamal media antarabangsa bukan warganegara dan dalam lawatan jangka masa panjang.
“Tempoh sah laku ini akan berkuatkuasa serta merta.
“Pemegang kad perakuan media JaPen yang mempunyai tempoh sah laku masih aktif boleh membuat permohonan memperbaharui selepas tamat tempoh masing-masing,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment