PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PAS mendakwa Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah memberi tafsiran baharu berkaitan “penoktahan” kemiskinan di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Rafizi dilaporkan berkata pembasmian kemiskinan tegar bukanlah bermaksud kemiskinan ‘dihapuskan sepenuhnya’ di negara ini.
“Kenyataan Menteri Ekonomi ini merupakan suatu tafsiran baharu tentang pengertian ‘Noktah’, dan kelihatan sedikit menyimpang daripada sasaran asal Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) untuk Malaysia menjadi negara pertama yang berjaya menoktahkan miskin tegar, sebelum hujung 2023,” kata Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman.
Rafizi pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat turut berkata bagi kerajaan “penoktahan” kemiskinan bermakna mengeluarkan sejumlah keluarga miskin tegar yang dilaporkan setiap tahun daripada keadaan kemiskinan mereka.
“Contohnya untuk 2022, dilaporkan secara rasmi terdapat 18,445 keluarga miskin tegar di seluruh negara,” katanya.
“Maka program kerajaan yang dipantau secara rasmi menunjukkan bahawa 18,445 keluarga itu telah dikeluarkan (daripada keadaan kemiskinan).”
Syahir yang juga penolong setiausaha agung PAS berkata usaha membanteras miskin tegar perlu melibatkan pelbagai pihak bermula dari kerajaan persekutuan sehingga masyarakat setempat.
“Dalam hal ini, rakyat di daerah-daerah termiskin dalam negara, termasuklah pembangkang, pastinya menyambut baik segala program dan bantuan kerajaan untuk mengeluarkan golongan ini daripada kitaran ganas belenggu kemiskinan.
“Diharapkan perjuangan (dan janji) untuk membasmi kemiskinan akan dilipat gandakan pada 2024 supaya Malaysia menjadi sebuah tempat yang kaya menabur bakti, yang miskin dapat tumpang berteduh,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment