NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukar persatuan saman kumpulan bantah konsert, kata peguam

Konsert Coldplay menyaksikan 75,000 tiket habis dijual pada November walaupun berdepan desakan pemimpin PAS untuk membatalkannya. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Persatuan mungkin tidak mempunyai kedudukan perundangan untuk mengambil tindakan terhadap pihak membantah penganjuran dan cubaan mengganggu konsert, kata seorang peguam.

Menurut Guok Ngek Seong, sebaliknya syarikat penganjur acara disifatkan lebih sesuai dan baik membawa pihak terbabit ke mahkamah.

“Sukar bagi pihak persatuan mengambil tindakan melainkan ia pihak terkesan. Mereka hanya akan dilihat sekadar penyibuk semata-mata,” katanya kepada FMT.

Guok sebagai mengulas amaran Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap parti politik dan kumpulan agama yang menggesa pembatalan konsert menampilkan artis dikaitkan dengan kegiatan dianggap “berdosa” atau menyokong komuniti tertentu.

Presiden kumpulan itu, Rizal Kamal berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan proaktif dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap “dakwaan tidak berasas dan tindakan diskriminasi”.

Rizal berkata, persatuan tersebut tidak akan membenarkan kumpulan tertentu menjejaskan usaha Malaysia menjadi lebih berdaya saing di rantau ini, terutamanya apabila ia cuma bertujuan menaikkan kedudukan individu dan politik mereka.

Mengulas lanjut, Guok berkata syarikat penganjur acara yang telah menandatangani kontrak membawa artis dan kumpulan muzik popular mengadakan persembahan di Malaysia, juga berada pada kedudukan lebih baik membawa kes.

Ujarnya, mereka juga perlu mendapatkan kelulusan persembahan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

“Dalam senario seperti itu, plaintif berpotensi boleh memfailkan saman, lebih-lebih lagi jika tiket telah dijual kepada orang awam. Justeru, ia menjadi kes kerugian ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peguam kanan yang enggan dikenali, berkata pihak persatuan berkenaan tidak boleh memfailkan saman kerana sekumpulan individu atau kumpulan terikat mempunyai perbezaan pandangan berhubung “pengaruh asing” konsert diadakan di sini.

“Apakah kerugian yang mereka alami hanya kerana ada warganegara mahu berekspresi (membantah)? Alasan itu terlalu janggal,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Perlembagaan A Surendra Ananth, mengambil maklum kebebasan bersuara dan berkumpul dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun tertakluk kepada had.

“Seseorang boleh berkumpul secara aman sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Gesaan membatalkan persembahan artis sering kedengaran seperti berlaku pada Blackpink, Billie Eilish, Coldplay, dan Ed Sheeran di Malaysia.

Tahun lalu, seorang pemimpin PAS mendesak kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British, Coldplay. Persembahan kumpulan itu menyaksikan 75,000 tiket habis dijual pada November.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo