NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Singapura naikkan usia persaraan kepada 64 tahun

SINGAPURA: Umur persaraan di Singapura akan dinaikkan kepada 64 tahun mulai tahun 2026 dan mereka yang ditawarkan untuk bekerja semula selepas bersara boleh meneruskan hingga usia 69 tahun, menurut media tempatan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng pada Isnin, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi kementeriannya di Parlimen.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada proses berterusan yang akan menyaksikan umur persaraan dan usia bekerja semula negara itu masing-masing mencapai 65 tahun dan 70 tahun menjelang tahun 2030.

Umur persaraan dan bekerja semula semasa masing-masing dinaikkan kepada 63 tahun dan 68 tahun pada Julai 2022.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada cadangan yang dibuat oleh Tripartite Workgroup on Older Workers yang ditubuhkan pada Mei 2018 untuk mengukuhkan sokongan bagi pekerja warga emas.

– BERNAMA


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo