NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sertai siri jelajah PN bukan keputusan parti - Amir

Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi berkata menafikan Muda akan sertai jelajah Perikatan Nasional yang dijadual bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini.


PETALING JAYA: Muda menafikan parti itu terlibat dan akan menyertai siri jelajah seluruh negara anjuran gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN), kata setiausaha agungnya Amir Abdul Hadi.

Penafian itu dibuat Amir di media sosial X, selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan bekas presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyertai siri jelajah yang dijadual bermula selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Ini bukan keputusan parti dan tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda, untuk itu saya menafikan Muda akan sertai jelajah PN,” kata Amir.

Pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN petang tadi, Muhyiddin mengumumkan Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar akan turut serta dalam siri jelajah memberi penerangan berhubung isu-isu semasa.

“Saya juga telah bincang dalam mesyuarat majlis tertinggi PN, mungkin (siri jelajah) selepas bulan puasa, atau hari raya.

“Siri jelajah seluruh negara akan kita mulakan di mana banyak pihak termasuk Syed Saddiq daripada parti Muda yang mencadangkan supaya kita buat begitu dan beliau sedia untuk menyertai,” katanya.

Syed Saddiq menarik balik sokongan terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada September tahun lalu sebagai membantah keputusan melepas tanpa membebas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan salah guna kuasa.

Beliau adalah pengasas Muda dan menjadi presiden parti itu sebelum meletak jawatan pada November tahun lalu selepas disabitkan dengan tuduhan rasuah. Syed Saddiq kini dalam proses rayuan sabitan tersebut.

Jawatan presiden Muda kini disandang timbalannya Amirah Aishah.



Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo