NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seolah-olah tidak penting, Anwar dan Zahid persoal mereka yang panjangkan isu

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya Zahid Hamidi berkata tidak perlu lagi memanjangkan perbincangan mengenai isu stoking kalimah Allah. 


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya Zahid Hamidi menyeru semua pihak tidak memanjangkan lagi isu stoking tertera kalimah Allah.

Anwar berkata, tindakan sudah diambil dan kita seharusnya terus maju ke hadapan.

“Kenapa kita masih terperangkap dengan isu-isu ini yang berpanjangan? Ada laporan, ambil tindakan, jangan ada penghinaan terhadap agama lagi.

“Jadi, jangan kita terus menerus dengan perbincangan ini,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media.

Sementara itu di Pulau Pinang, Zahid menyeru semua pihak jangan “berlebih-lebihan” dalam isu tersebut.

Katanya, kilang yang mengedarkan stoking itu sudah meminta maaf dan siasatan mendapati ia dilakukan pembekal dari China, maka isu tersebut sepatutnya diselesaikan.

“Ini suatu pengajaran agak mahal dan saya yakin semua pihak patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

“Kita selesaikan masalah ini dengan sebaik-baiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Simpang Tiga di Nibong Tebal.


BERITA LANJUT MENYUSUL


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo