NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semak semula RUU kerakyatan tangani isu anak lahir luar negara



PETALING JAYA: Sebuah NGO memperjuangkan hak kerakyatan setara menggesa kerajaan menggunakan tempoh penangguhan sidang Parlimen ketika ini untuk menangani kebimbangan berhubung cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan.

Family Frontiers, yang memperjuangkan hak kerakyatan setara bagi keluarga dwinegara Malaysia, mahu Putrajaya menyemak semula Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 dan mencari remedi berkesan.

Ia juga mahu kerajaan memastikan kanak-kanak daripada kumpulan rentan diberikan perlindungan secukupnya.

Gesaan itu menyusul mesyuarat pertama Dewan Rakyat pada tahun ini yang berakhir Rabu lalu, di mana Speaker Johari Abdul tiba-tiba mengangguhkan persidangan itu selepas kerajaan membentangkan RUU berkenaan.

Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai 24 Jun hingga 18 Julai ini.

Suri Kempe, ahli jawatankuasa eksekutif NGO itu memberitahu FMT, pindaan berkenaan perlu memberikan hak sama kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia seperti kanak-kanak berbapakan warga Malaysia.

“Pindaan progresif ini akan menjadi peristiwa penting dalam sejarah Malaysia,” katanya sambil menambah disebabkan pindaan itu tidak terpakai secara retroaktif, ia tidak akan memanfaatkan kanak-kanak tanpa kerakyatan yang sedang memohon kewarganegaraan.

Beliau berkata, RUU itu mempunyai beberapa kelemahan, seperti kanak-kanak dilahirkan ibu bapa Orang Asli dan Orang Asal yang merupakan penduduk tetap, tetapi bukan warganegara kerana kekurangan dokumentasi.

“Family Frontiers berharap kerajaan akan mengambil peluang untuk menangani kebimbangan ini dan berusaha ke arah memastikan kanak-kanak rentan dilindungi.”

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran tidak kecewa dengan hasil pada Rabu lalu kerana RUU itu tidak sesuai diluluskan.

“Ia tidak akan memanfaatkan kanak-kanak yang sudah dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara kerana Fasal 12 menyatakan undang-undang itu hanya terpakai kepada kanak-kanak belum dilahirkan.

“Saya kecewa kerana RUU yang sepatutnya, akan memberikan kerakyatan kepada semua anak sudah dan belum dilahirkan, tidak diluluskan.”

Jika diluluskan berdasarkan cadangan sedia ada, Fasal 12(1) hanya terpakai kepada kanak-kanak lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia berhak mendapat kerakyatan secara automatik, selepas pindaan itu berkuat kuasa.

Walaupun ada harapan pada mulanya, Surendran berkata, “kanak-kanak tanpa kerakyatan telah dibiarkan tanpa bantuan” dan “ia kesilapan paling besar Kementerian Dalam Negeri serta kerajaan”.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo