NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekolah padat: KPM sedia kabin dulu



NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata intervensi jangka pendek melibatkan pembinaan dan penggunaan kabin di sekolah selain menyuraikan pelajar ke sekolah berdekatan supaya bilangan pelajar dapat dikawal dalam suasana kondusif untuk belajar.

Beliau menjelaskan, intervensi jangka panjang pula ialah pembinaan sekolah baharu yang dijangka mengambil masa, namun KPM akan mencuba sedaya-upaya memastikan keselesaan pelajar.

“Dalam belanjawan lepas, 26 sekolah baharu diluluskan untuk dilaksanakan dan kita harap dengan sekolah baharu itu akan dapat kurangkan kepadatan pelajar di sekolah dan anak-anak kita dapat belajar dalam suasana selesa.

“Bagi penggunaan kabin pula, ada beberapa sekolah kita dah kenal pasti dari segi kapasiti tapi ia hanya pendekatan jangka masa pendek dan bagi tempoh jangka masa panjang mereka harus bersekolah di bangunan sekolah yang kondusif untuk pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jaulah Ramadan KPM 2024 Peringatkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh, yang turut dihadiri Timbalannya Wong Kah Wong.

Fadhlina berkata, KPM akan terus memfokuskan penyelesaian isu tersebut dalam usaha memberikan keselesaan dan suasana kondusif kepada pelajar.

Menurutnya, ketika ini Selangor dan Kuala Lumpur antara negeri yang mempunyai isu kepadatan pelajar di sekolah.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo