Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, guru dan petugas PASTI merupakan tenaga sukarelawan yang ikhlas berkhidmat untuk mendidik anak bangsa.
Oleh itu, katanya tindakan kerajaan Madani menekan institusi pendidikan PASTI tidak wajar belaku.
“Kami menzahirkan kekesalan di atas keghairahan politik kerajaan sekarang berusaha memusuhi ratusan ribu anak-anak yang belajar di bawah bumbung PASTI tanpa sebab.
“Saya ingatkan, jangan nanti suatu hari anak-anak kecil terbabit akan mengadili tangan-tangan jahat yang mahu mengkhianati PASTI sekarang,” katanya di sini.
Baru-baru ini tular memo Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Rakyat dengan mengarah menjalankan pemeriksaan ke atas PASTI, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teas Islam (SMITI) di seluruh Semenanjung dan Labuan.
Mohamad Kamal berkata, kerajaan Pusat boleh menggunakan apa sahaja terma-terma pentadbiran kerajaan, sedangkan PASTI pengurusan di bawah entiti parti yang mempunyai lebih sejuta ahli.
“Sekarang adalah satu episod duka pendidikan di bawah kerajaan yang diuarkan-uarkan sebagai Madani,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya tekanan terhadap institusi pendidikan di bawah PAS bukan perkara baharu, sebaliknya PASTI, SRITI dan SMITI terus berkembang pesat di negara ini. – HARAKAHDAILY 20/3/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment