NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi rakam penghargaan, PM buka pintu rundingan projek ekonomi Kedah

Menteri Besar Sanusi Nor, berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah ‘mula berlembut’ membuka pintu kepada sebarang perundingan. (Gambar Facebook)


ALOR SETAR: Menteri Besar Sanusi Nor merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membuka ruang kepada perbincangan berkaitan projek pembangunan di Kedah.

“Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mula berlembut dan membuka pintu kepada sebarang perundingan berkaitan dengan projek-projek ekonomi,” katanya pada sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Terdahulu, semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Sultan Kedah di persidangan itu, Sanusi berkata kerajaan negeri memohon sokongan kerajaan persekutuan dalam pembangunan Pelabuhan Laut Dalam Sanglang dan pembangunan Kedah Aerotropolis di negeri ini.

Menurutnya, adalah sangat penting untuk Kedah memiliki projek pembangunan bersifat strategik yang bakal membantu memperkasakan negara di pentas geopolitik.

“Tujuannya selain untuk menyemarakkan pembangunan ekonomi dan memperkasakan ekosistem pelaburan, adalah untuk meningkatkan peranan negeri dalam menyokong negara dalam permainan geopolitik serantau,” katanya.

Beliau menambah kerajaan Kedah juga akan terus memainkan peranan yang aktif dan bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dalam memacu pertumbuhan ekonomi di koridor utara.



Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo