NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salah lapor nilai ringgit, kerajaan minta penjelasan Google


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kesilapan Google menyiarkan data kadar pertukaran ringgit berbanding dolar AS itu tidak sepatutnya berlaku.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta penjelasan daripada Google berhubung data tidak tepat kadar pertukaran ringgit berbanding USD1 mencecah RM4.98 yang diterbitkan enjin carian itu semalam memandangkan kesilapan seperti itu bukan kali pertama berlaku.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour telah menghubungi pihak Google mengenai perkara itu.

Katanya, paparan data tidak tepat yang tular di media sosial itu adalah satu petanda tidak baik yang menimbulkan kegusaran dan salah faham dalam kalangan rakyat.

“Kita tahu dan faham Google menjadi salah satu rujukan bagi rakyat Malaysia, maka kita harap penjelasan itu dapat disampaikan juga kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada Program Teh Hijau Kuala Lumpur.

Fahmi berkata ketika kerajaan sedang berusaha memacu pertumbuhan semula ekonomi negara dengan keyakinan yang ditunjukkan kepada pelabur, maka perkara asas seperti itu tidak seharusnya berlaku.

“Ia seharusnya tidak berlaku, ia tidak boleh berlaku, dan kita tidak akan benarkan ia berulang,” tegas Fahmi.

Beliau turut berterima kasih kepada BNM atas penjelasan pantas yang diberikan berhubung data tidak tepat itu hari ini.

Terdahulu hari ini, BNM dalam kenyataan menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran USD/MYR yang diterbitkan oleh Google.

Bank pusat itu menjelaskan pada Jumaat (15 Mac 2024) kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi, dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

BNM memaklumkan bahawa ini kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat tahun ini.

Bank pusat telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Feb, 2024, tambahnya.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo