NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rugi RM1 bilion: Felda nafi rasuah, lemah tatakelola sebagai faktor



KUALA LUMPUR: Felda akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti, supaya agensi itu terus relevan pada masa hadapan.

Merujuk Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang menunjukkan Felda mengalami kerugian selepas cukai RM1.005 bilion, Felda memaklumkan kerugian itu tidak merujuk kepada salah guna, amalan rasuah dan kelemahan tatakelola pengurusan.

Felda menerusi kenyataan memaklumkan, kerugian tersebut disebabkan faktor kesan ke atas penyahiktirafan dan pengukuran semula pinjaman peneroka dengan nilaian RM339.01 juta atas tujuan meringankan bebanan warga peneroka.

Selain itu, penjamin korporat bagi pinjaman pembelian PT Eagle High Plantations yang dibuat melalui FIC Properties Sdn Bhd sebanyak RM379.85 juta serta penjejasan pinjaman kepada anak-anak syarikat seperti Kumpulan FIC dan Dataran Aras Sdn Bhd berjumlah RM192.66 juta.

Menurut kenyataan itu pada 2022, Felda merekodkan keuntungan operasi RM19.56 juta, manakala Kumpulan Felda telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM449 juta.

Semalam, LKAN mengesyorkan Felda perlu menetapkan satu hala tuju baharu yang jelas, supaya dapat terus beroperasi dengan prestasi kewangan yang kukuh tanpa kebergantungan tinggi kepada bantuan dan sokongan kewangan kerajaan Persekutuan.

Laporan itu turut mencadangkan Felda meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya, bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan tanpa bergantung kepada agensi induk, seterusnya mampu memberi pulangan yang baik kepada Felda.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo