NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi sakit tulang belakang, Podcast bersama Lim SIan See diadakan lepas Ramadan



PETALING JAYA: Rafizi Ramli meminta Lim Sian See menunggu selepas Ramadan untuk menjemput pempengaruh media sosial menjadi tetamu dalam program audio siar menteri ekonomi itu.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lim bahawa wakil beliau masih belum menghubunginya dan mempersoalkan kelewatan tersebut.

Dalam kenyataan di media sosial X, Rafizi berkata beliau bercuti sakit hingga 1 Mac susulan pembedahan tulang belakang dua minggu lalu dan pada minggu ini banyak urusan yang perlu diselesaikan.

“Lim Sian See ni ada sedikit ‘entitlement’. Saya baru dua minggu pembedahan tulang belakang, pun tak penting, asal kena layan dia sebab dialah orang paling penting dalam dunia ni.

“Minggu depan dah Ramadan, waktu malam orang solat tarawih, bukan ‘berpodcast’. Tunggulah lepas Ramadan, dan selepas urusan-urusan lain yang lebih mendesak,” katanya.

Pada 19 Feb lalu, Rafizi berkata beliau mahu menjemput Lim, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil menjadi tetamu audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ bagi mendengar idea membantu negara dari sudut ekonomi.

Rafizi juga berkata beliau mahu mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata beliau akan mendapat maklum balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga presiden Umno terlebih dahulu sebelum menjemput mereka.

Lim kemudiannya segera menerima cabaran itu dan meminta sesi “one vs one” (eksklusif) dengan Rafizi.

Sumber | FMT Malaysia



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo