MOSCOW: Vladimir Putin mendahului pilihan raya presiden di Rusia dengan 87.15 peratus undi, selepas 80 peratus undi dikira, menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia (CEC) pada Isnin, lapor Sputnik.
Pencabar Putin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Artik dan Timur Jauh Dewan Rakyat Nikolai Kharitonov menduduki tempat kedua setelah menerima 4.22 peratus undi.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Vladislav Davankov pula menduduki tempat ketiga diikuti Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rakyat, Leonid Slutsky dengan masing-masing memperoleh 4.04 peratus undi dan 3.16 peratus undi.
— BERNAMA
No comments
Post a Comment