NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN, Syed Saddiq rancang siri jelajah seluruh negara

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin berkata siri jelajah bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi memberi penerangan berhubung isu-isu semasa.


PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) merancang mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi memberi penerangan berhubung isu-isu semasa dihadapi rakyat.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata siri kelajah itu akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri dan ia telah dipersetujui dalam mesyuarat majlis tertinggi PN yang lepas.

“Saya juga telah bincang dalam mesyuarat majlis tertinggi PN, mungkin (siri jelajah) selepas bulan puasa, atau hari raya.

“Siri jelajah seluruh negara akan kita mulakan di mana banyak pihak termasuk Syed Saddiq daripada parti Muda yang mencadangkan supaya kita buat begitu dan beliau sedia untuk menyertai.

“Kita akan highlight isu-isu yang pelbagai-bagai yang sedang dihadapi oleh rakyat jelata dan apa tanggungjawab dan peranan yang kita boleh mainkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat,” katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN 2024.

Sementara itu, dalam ucapan penutup konvensyen itu Muhyiddin berkata gabungan itu perlu berusaha dan mencari jalan untuk menarik sokongan kaum bukan Melayu menjelang PRU16 nanti.

“Kita harus mencari jalan dan ikhtiar bagaimana untuk kita dapat menarik sokongan daripada kaum Cina, India, dan lain-lain.

“Kalau sokongan bukan Melayu meningkat walaupun 5% hingga 10% saya yakin PRU16 kita sapu bersih hampir semua kerusi (campuran) dan ini akan menambah lagi kekuatan kita dalam PRU16,” katanya.

Bagi menarik sokongan itu, Muhyiddin berkata PN kena membentuk sebuah imej dan pendekatan baharu yang boleh meningkatkan sokongan orang bukan Melayu kepada gabungan itu.

“Saya berbincang Dominic Lau (presiden Gerakan) tentang apa strategi rakan-rakan kita yang lain yang kita harap dapat membantu meningkatkan sokongan kaum bukan Melayu kepada PN,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo