NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN perlu tingkat penerangan di media sosial, kata Wan Saiful

Wan Saiful Wan Jan berkata Perikatan Nasional masih belum cukup efektif dalam menyebarluaskan apa yang gabungan itu buat kepada rakyat.


PETALING JAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) digesa melipatgandakan usaha bagi memberi penerangan di media sosial mengenai usaha-usaha yang dibuat oleh parti itu kepada rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata sebenarnya wakil rakyat PN amat giat menjaga kebajikan rakyat dan membawa suara rakyat ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Bagaimanapun, kita masih belum cukup efektif dalam menyebarluaskan apa yang kita buat kepada rakyat sehingga ada yang merasakan seolah-olah kita tidak bekerja, kerana maklumat mengenai kerja kita tidak sampai kepada mereka.

“PN mesti memperkukuh capaian penerangan dalam media sosial, sambil meneruskan usaha untuk mendapatkan liputan lebih luas dalam media tradisional,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Katanya, walaupun momentum rakyat semakin kuat terhadap PN tetapi gabungan itu perlu terus membina momentum terutama ke arah pilihan raya umum akan datang.

“Penyampaian maklumat yang kerap dan tepat adalah amat penting dalam usaha membina kekuatan itu,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo