NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlu bina stadium untuk acara bukan sukan?




KUALA LUMPUR
: Kementerian Belia dan Sukan dicadangkan membina stadium khusus untuk acara bukan sukan berikutan aktiviti dilaksanakan di stadium berkenaan memulangkan keuntungan yang lebih tinggi.

Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, stadium yang digunakan untuk pelbagai kegunaan bukan sahaja mengambil masa lama untuk memulihkan padang yang rosak, bahkan menjejaskan latihan pasukan bola sepak negara.

“Tadi disebut acara bukan sukan lebih memberi pendapatan yang banyak kepada perbadanan stadium. Adakah kementerian bercadang selepas ini untuk ada stadium yang khusus?

“(Stadium) Bola itu tidak boleh diusik padangnya, stadium lain itu untuk pelbagai guna seperti yang YB sebut tadi. Adakah bercadang ada stadium berasingan dengan tumpuan yang berbeza mengikut acara?” soalnya.

Beliau berkata demikian semasa mencelah sesi penggulungan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sekiranya beliau diberi pilihan semestinya penambahan stadium adalah keutamaannya.

“Kalau saya diberi pilihan semestinya saya nak dua stadium yang berlainan tetapi stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 orang hanya satu sahaja sekarang.

“Macam (konsert) Coldplay dan perlawanan Harimau Malaya selalu stadium akan penuh.
Kita sekarang mengimbangkan kegunaan kerana kita tidak mampu membina stadium dalam masa yang terdekat.

“Cuma yang paling dekat saya rasa stadium di Shah Alam yang akan dibangunkan di negeri Selangor nanti,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya turut melibatkan semua pakar dari Australia untuk membantu memulihkan padang tersebut dengan cepat. – HARAKAHDAILY 13/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo