NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlis berjaya capai agenda sifar premis judi

Sebelum ini terdapat enam premis judi di Perlis dengan empat daripadanya ditutup tahun lalu manakala premis kelima ditutup pada 31 Jan.


KANGAR: Kerajaan Perlis berjaya merealisasikan agenda sifar premis judi selepas penutupan premis judi terakhir di negeri itu 6 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata sebelum ini terdapat enam premis judi dengan empat daripadanya ditutup tahun lalu manakala premis kelima ditutup pada 31 Jan.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyedari aktiviti perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan sekali gus keputusan menghentikan lesen premis judi adalah demi memastikan rakyat pelbagai agama dan kaum di Perlis hidup dengan selamat dan sejahtera.

“Alhamdulillah, melalui usaha kecil ini, kerajaan negeri berharap agar Perlis terus mendapat limpahan barakah dan rezeki daripada Allah SWT yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, mengenai aktiviti perjudian tanpa lesen, Asrul berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi bertanggungjawab manakala rakyat turut diajak berganding bahu membantu menyampaikan maklumat supaya isu berkenaan dapat ditangani secara holistik dan berkesan.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo