NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkataan ‘kafir’ mempunyai konotasi kebencian terhadap warga bukan Islam, dakwa Fadhlina



PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini memohon maaf susulan penularan klip video pendek yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perkataan kafir “diharamkan” di rumahnya.

Selain klip video itu, turut disebarkan poster yang menunjukkan seolah-olah beliau menafikan ungkapan tersebut yang memang digunakan dalam konteks Islam.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, keratan video tersebut menyelewengkan konteks kata-katanya sehingga menyimpang daripada maksud asal.

“Keratan video yang tular telah diambil di luar konsensus dan juga diselewengkan konteksnya. Malah, sesiapa yang mendengar ucapan dalam video tersebut dapat menilai konteks sebenar yang saya hasratkan.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada mengguris perasaan mana-mana pihak atas kesalahfahaman, keterlanjuran kata dan khilaf yang datang daripada kelemahan diri saya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan, pandangan itu dizahirkannya dalam majlis tertutup ketika menyentuh kemelut penyebaran sentimen kebencian, sikap “ghuluw” (melampau) dan gejala takfiri dalam kalangan segelintir masyarakat.

Sentimen “tidak benar dan fitnah” ini menular kepada anak-anak di sekolah hasil interaksi dengan orang lebih dewasa yang mengambil pendekatan melampau, katanya.

“⁠Saya sebutkan bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya menyebut istilah ‘kafir’ yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga bukan Islam yang hidup bersama-sama dalam negara tercinta,” katanya.

⁠”Isu sebutan ‘kafir’ atau ‘non-Muslim’ bukanlah tindakan saya melarang penggunaan perkataan dalam al-Quran, apatah lagi menafikan istilah yang digunakan dalam al-Quran …. (sebaliknya) memilih panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beliau tidak berkompromi berhubung fitnah dan tuduhan jahat terhadapnya, tambahan apabila timbul ancaman keselamatan terhadap dirinya dan keluarga.

Sejak semalam tular keratan video yang memetik Fadhlina berkata beliau “mengharamkan” penggunaan perkataan kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.

Dakwaan itu mengundang kecaman terhadap Fadhlina, sehinggakan beliau turut menerima ugutan berhubung perkara tersebut.

Dilaporkan semalam bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung penularan video tersebut sebagai langkah keselamatan dan agar perkara tersebut dapat disiasat.

Katanya hari ini, pihak peguamnya sedang dalam proses mengumpulkan bukti menerusi media sosial, termasuk dalam bentuk hantaran, perkongsian dan komentar.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo