NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perjuangan PN masih jauh, harapan rakyat begitu besar



KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) wajib mempunyai roh perjuangan dalam diri dan hati masing-masing untuk menjadi benteng dalam melawan apa jua godaan yang bersifat kepentingan peribadi, kata Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, ramai ahli yang telah tersungkur di tengah jalan dan mereka yang teguh iman, cekal hati dan beristiqamah sahaja yang mampu menyalakan obor perjuangan suci demi agama, bangsa dan negara.

“Episod pengkhianatan yang berlaku dalam PN melibatkan wakil rakyat kita amat mengecewakan, tetapi Allah hadirkan sesuatu perkara itu, sudah tentu ada hikmahnya.

“Sekurang-kurangnya, kita kenal mana intan, mana kaca. Yang mana ikhlas, dan yang mana sekadar mencari laba. Dan saya yakin yang hadir pada pagi ini adalah mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam perjuangan kita bersama,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan Pada Konvensyen Wakil Rakyat PN di Hotel Sunway Putra, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, perjuangan PN masih jauh dan harapan yang dimandatkan oleh rakyat begitu besar.

“Rakyat bukan sahaja sedang menghakimi kerajaan luar tabie Madani ini, tetapi rakyat juga sedang menilai kita sebagai pembangkang.

“Apakah kita benar-benar menjadi juara yang mengangkat suara mereka? Apakah kita benar-benar menyantuni dan mendengar setiap denyut nadi mereka?

“Soalan ini kita perlu tanya pada diri sendiri dan jawablah secara adil pada diri sendiri.

“Jangan anggap pengundi sentiasa bersama kita. Betul, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berlaku gelombang luar biasa dalam kalangan pengundi, khususnya orang Melayu sehingga PN menang besar. Tapi ingat, gelombang ada pasang surutnya,” ujarnya.

Justeru, katanya, sebuah parti perlu mempunyai kekuatan tersendiri dalam meyakinkan rakyat dan tidak boleh bergantung kepada gelombang semata-mata. – HARAKAHDAILY 9/3/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo