PETALING JAYA: Lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Mart dan pembekal Xin Jian Chang Sdn Bhd akan dituduh esok, berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Sumber polis memberitahu FMT, semua pengarah KK Mart itu akan dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melukakan perasaan agama seseorang.
Dalam pada itu, sumber memberitahu pengarah Xin Jian Chang akan dituduh bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
Terdahulu, polis memaklumkan kepada media Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan memfailkan pertuduhan pada 9 pagi esok, berkait isu stoking tertera kalimah Allah, dengan pendakwaan mengikut Seksyen 109 dan 298 Kanun Keseksaan.
KK Mart menjadi tumpuan mutakhir ini susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah berkenaan di sebuah cawangannya, pada 13 Mac.
Pengasasnya, KK Chai, telah mengemukakan permohonan maaf ke atas kontroversi itu pada sidang media, 13 Mac, disertai pengurusan tertinggi syarikat, dan pemilik Xin Jian Chang, Soh Chin Huat. Mereka berkata stoking tersebut diimport dari China.
Puluhan laporan polis ke atas KK Mart diterima polis, manakala Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyeru masyarakat memboikot rangkaian kedai serbaneka itu. Kilang Xin Jian Chang di Batu Pahat menutup sementara operasinya.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum itu, menzahirkan kemurkaan terhadap kontroversi dan menitahkan tindakan keras dikenakan kepada pihak bertanggungjawab.
Pada 17 Mac, polis mengesahkan kes kontroversi itu disiasat dengan kertas siasatan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara, lima hari kemudian.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment