PETALING JAYA: Pendekatan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mendepani isu stoking kalimah Allah mutakhir ini hanyalah membenihkan “ekstrimisme”, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali.
Sheikh Umar, yang juga naib pengerusi DAP Johor, bagaimanapun menegaskan tidak mempunyai masalah dengan niat Akmal mahu mempertahankan Islam dari dihina, namun tindakannya kadang kala bernuansa provokatif sehingga disifatkan “tidak bertanggungjawab dan berlebihan”.
“Islam menitik beratkan seruan yang berhikmah, nasihat tauladan yang baik serta perbahasan yang bernas seperti mana ayat 125 Surah An-Nahl,” katanya.
Katanya, Akmal diharap mengambil pengajaran daripada peristiwa ‘amanat’ seorang tokoh politik PAS yang didakwa menjadi hujah mempertahankan Islam sebenar.
Beliau bimbang pendekatan Akmal mendorong masyarakat Islam negara ini bertindak ganas atas nama agama.
Katanya, negara telah dikejutkan dengan dua serangan bom petrol di KK Mart walaupunn Akmal tidak menginginkannya.
“Bagi saya Akmal mungkin tidak sedar bahawa setiap tindakan, kenyataan, dan seruan berlebihan yang beliau keluarkan dalam isu ini nampaknya boleh memangkin lebih banyak tindakan-tindakan ganas luar jangka antara rakyat berbilang agama,” katanya.
Semalam, satu lagi cawangan KK Mart di Kuantan, Pahang diserang bom petrol telah menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu. Sebelum ini, cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak turut mengalami nasib serupa.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment