NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pencen berasal dari sistem Islam, jangan mansuh




KUALA LUMPUR: Cadangan memansuhkan pencen pesara perkhidmatan awam tidak sewajarnya dibangkitkan dan ianya rancangan yang tidak madani kerana jasa dan khidmat penjawat awam tidak harus diukur dengan wang.


Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PN-Marang) memetik pendekatan Rasulullah SAW kepada golongan yang pernah berbudi mereka kepada negara dan rakyat hinggakan telah ditetapkan imbuhan disebut Ata’ di zaman itu.

Manakala pada zaman Saidina Abu Bakar selaku Khalifah ujarnya, Taswiyatul Ata’ iaitulah imbuhan yang sama tetapi tanpa gred atau pengkelasan, diberikan sama kadarnya kepada ketua jabatan hingga pekerja bawahan.

Sementara ketika Zaman Saidina Umar Ibnul Khattab pula menurutnya, pentadbiran mengubah pemberian itu kerana keadaan masyarakat yang semakin bertambah dan negara kian meluas.

“Di masa itu sudah luas disebut dengan Taqsimul Ata’, (iaitu diberikan) mengikut gred dan kedudukan gaji dan termasuklah juga persaraan,” ujarnya dalam Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini sebentar tadi.

Presiden PAS itu memberitahu, termasuk peruntukan itu kepada isteri-isteri yang suami mereka meninggal, kerana dinilai budi dan jasa mereka kepada negara dan rakyat semasa hidupnya.

“Orang Melayu sebut dalam pantun. Pulau Pandan jauh ke tengah; Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah; Budi yang baik dikenang juga.

“Allah SWT Tuhan yang Maha Berkuasa memberi pahala kepada orang yang berkhidmat dan jasanya yang berpanjangan. Walaupun dia sudah meninggal dunia dianggap sebagai amal jariah.

“Contohnya yang mengurus membina jalan raya. Membina bangunan, membina hospital dan sebagainya. Bukan sahaja membina bangunan masjid dalam Islam. Walaupun dia telah meninggal dunia faedahnya dimanfaat oleh manusia. Maka dapat pahala tuhan tak potong pahala.

“Maka Nabi mengambil iktibar ini dengan mengadakan pencen kepada pesara-pesara termasuklah setelah mereka meninggal dunia kepada keluarga mereka. Ini patut kita jadikan iktibar yang sangat menarik,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 6/3/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo