Pada PRN Selangor, Abdul Rashid Asari mempertahankan DUN Selat Klang dengan majoriti 8,325 undi. |
PETALING JAYA: Pemuda Bersatu Selangor mendesak Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari mengosongkan kerusi itu kerana melanggar arahan parti dengan menyokong Menteri Besar Amirudin Shari.
Ketuanya Salahuddin Mustapha berkata bekas exco Selangor itu perlu menghormati parti dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat,
“Sebagai ahli dan jentera parti yang memenangkan beliau di Selat Klang, kami kecewa dengan tindakannya.
“Kalau tiada hati lagi dan buat keputusan tanpa rujuk parti, lebih baik letak jawatan untuk beri laluan kepada PRK..tengok rakyat sokong atau tak,” katanya kepada FMT.
“Apa pun keputusan akhir kita serah ke pucuk pimpinan Bersatu untuk tindakan selanjutnya.”
Terdahulu, Rashid menyatakan sokongan kepada Amirudin namun kekal sebagai ahli Bersatu.
Beliau menjelaskan tindakannya itu selepas meneliti perkembangan terkini terutama tindakan Perikatan Nasional (PN) berdiam diri terhadap tohmahan terhadap Raja-Raja Melayu.
Bekas ketua Bersatu Selangor itu juga yakin keputusannya terbabit akan memanfaatkan penduduk Selat Klang menerusi pembentukan kerajaan stabil.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Rashid mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 8,325 undi menewaskan calon Barisan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia.
Tindakan Rashid itu dibuat selepas Bersatu meminda Perkara 10 Perlembagaan pada 2 Mac lalu, menyatakan wakil rakyat menyokong pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti akan terlucut keahlian secara automatik.
Pindaan itu belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Bersatu mengambil langkah itu selepas enam Ahli Parlimennya menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Mereka adalah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment