NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembangunan negeri pembangkang adalah isu keadilan




KUALA LUMPUR:
 Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) menegaskan bahawa peruntukan pembangunan untuk negeri pembangkang ialah perkara berkaitan keadilan, bukannya perbezaan kepartian.

Beliau menyentuh berkenaan dengan pembinaan penambahbaikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu yang bernilai RM6.5 juta oleh Kementerian Pengangkutan.

“Saya nak jawab sikitlah sahabat saya dari Bangi tadi. Ini bukan isu negeri pembangkang ataupun negeri kerajaan, ini semangat federalisme. Maknanya (jika) diberi itu adalah bentuk keadilan.

“Islam kata keadilan itu meletakkan sesuatu di tempatnya. Jadi bila kita buat, adil, dapatlah pahala. Kalau kita zalim, dapat dosa. Mudah sahaja. Itu cara kita memimpin sesebuah negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2023 bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Terdahulu Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang turut membahaskan rang undang-undang yang sama menyindir pembangkang yang katanya sering mengeluarkan kenyataan bahawa negeri-negeri pembangkang sering dianaktirikan.

Syahredzan merujuk kepada peruntukan sebanyak RM6.5 juta yang diperuntukkan bagi membaik pulih Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu tersebut. – HARAKAHDAILY 20/3/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo