NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PBT perlu bertindak susulan bantahan penduduk




KAJANG: Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan kerana penduduk telah membuat bantahan.

“Saya fikir PBT (pihak berkuasa tempatan) sebegini dia kena bertindak dalam bidang kuasa dialah.

“Kenapa tindakan tidak dibuat setelah bantahan dikemukakan dan walaupun ada tindakan dibuat tapi tindakan itu kena tegaslah,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media Himpunan Bantah Bina Kuil 2.0 di Lot 5934 Mukim Cheras yang melibatkan Jawatankuasa Bertindak Taman Koperasi Cuepacs Batu 12 dan Jalan Desa Baru bersama PPIM di lobi ibu pejabat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), di sini petang semalam.

Katanya, jika apa yang dilakukan itu tidak mengikut undang-undang, maka menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan.

Menurutnya, pembinaan kuil dibantah kerana bersebelahan dengan flat majoriti penduduk orang Melayu Islam yang bertentangan dengan naluri mereka.

Tegas beliau, sepatutnya isu itu perlu dilihat secara serius dan dibina di tempat yang sepatutnya.

“Sebab itu perlu berada di tempat yang sepatutnya. Tapi saya fikir perkara ini tidak berlaku di tempat yang sepatutnya,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo