NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Patut berlemah lembut, Rafidah bidas Akmal isu stoking kalimah Allah

Rafidah Aziz berkata negara tidak perlukan pengapi kerana ia akan memecah-belahkan rakyat.


PETALING JAYA: Rafidah Aziz membidas kelakuan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, susulan kontroversi yang tercetus daripada penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Bekas ketua Wanita Umno itu berkata Nabi Muhammad menunjukkan tingkah laku yang harus dicontohi apabila berdepan pihak lain.


“Jika orang seperti ketua Pemuda Umno tidak boleh cuba mencontohi Nabi Muhammad, dari segi cara baginda melayan orang lain, maka Akmal tidak mendukung apa yang Islam harapkan daripadanya,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Akmal menolak permohonan maaf daripada rangkaian kedai serbaneka, KK Mart, selepas tular gambar stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah kedai KK Mart tular di media sosial. Akmal menyeru boikot dan berkata beliau sanggup hilang jawatan untuk pertahan Islam.

Rafidah berkata negara tidak perlukan pengapi kerana ia akan memecah-belahkan rakyat. Beliau berkata kerajaan harus pastikan ketegangan tidak meruncing.

“Ada banyak isu mendesak yang perlu ditangani dan diurus,” tegasnya. “Tindakan sedang diambil maka jangan biar mana-mana orang pun memainkan isu ini untuk politik. Cukup-cukuplah.”

Gambar stoking yang dimuat naik di media sosial pada Rabu lalu mencetuskan kemarahan orang Islam. Pada Sabtu, KK Mart memohon maaf dan menyatakan kekesalan atas kejadian itu.

Bagaimanapun, pada Rabu, Akmal berkata beliau akan terus mendesak pemboikotan KK Mart walaupun dinasihatkan tidak memanjangkan isu itu.


Katanya, permohonan maaf KK Mart tidak mencukupi. Pemuda Umno sebelum ini mendesak KK Mart memasang kain rentang memohon maaf di semua 881 cawangannya.


Terdahulu, Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata majlis kerja tertinggi Umno menyokong penuh pendirian Akmal.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo