NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Papar diisytihar bencana kemarau, pegawai daerah minta penduduk bertenang

Papar, Sabah dilanda krisis air akibat musim kemarau yang berlarutan di daerah itu sejak beberapa minggu lalu. (Gambar Bernama)


KOTA KINABALU: Daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau bermula hari ini berikutan krisis bekalan air akibat kemarau melanda kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar dalam kenyataan, memaklumkan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat diperoleh di lapangan yang diterima agensi dalam jawatankuasa tersebut.

Tindakan telah diambil oleh JPBD Papar untuk menangani masalah bekalan air di daerah itu antara lain dengan pengagihan air secara berjadual kepada penduduk menggunakan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Majlis Daerah Beaufort dan bomba.

JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah, Majlis Daerah Papar memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan, manakala pejabat Parlimen Papar membekalkan air di kawasan perkampungan.

Sementara itu Pengerusi JPBD Papar, Mohd Fuad Abdullah yang juga pegawai daerah Papar ketika dihubungi, meminta semua penduduk supaya bertenang dan memahami pengisytiharan itu adalah untuk bencana kemarau dan bukan pengisytiharan darurat.

Beliau berkata pengisytiharan, yang dilakukan mengikut peraturan sedia ada, itu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil bagi membantu penduduk yang terkesan akibat bencana kemarau itu.

“JPBD Papar akan pastikan bekalan air dihantar menggunakan lori tangki air kepada penduduk dan mereka yang memerlukan,” katanya yang turut meminta mereka yang terjejas untuk menghubungi JPBD Papar untuk bantuan lanjut


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo