- Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) juga berharap akan ada penjelasan berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang bakal dilakukan Kementerian Komunikasi.
- Setiausaha Agung NUJM, Teh Athira Mohd Yusuf berkata sepatutnya mana-mana agensi media diiktiraf kerajaan melalui pemberian kad media Jabatan Penerangan disaring sebelum sebarang kelulusan.
- “Kami berharap penyelarasan SOP ini akan memberi akses lebih baik tidak kira sama ada media tradisional atau yang baharu bagi membolehkan pengamal media menjalankan tugasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu dipetik MalaysiaGazette.
- Media sebelum ini melaporkan JaPen mengeluarkan kad media dengan tempoh sah yang jauh lebih pendek untuk beberapa wartawan media dalam talian dari pelbagai agensi berita.
KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) mahu kerajaan mengekalkan tempoh sah laku dua tahun bagi Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sebagaimana sebelum ini.
NUJM juga berharap akan ada penjelasan berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang bakal dilakukan Kementerian Komunikasi.
Setiausaha Agung NUJM, Teh Athira Mohd Yusuf berkata sepatutnya mana-mana agensi media diiktiraf kerajaan melalui pemberian kad media Jabatan Penerangan disaring sebelum sebarang kelulusan.
“Kad perakuan media yang dikeluarkan oleh kerajaan telah diiktiraf secara berkesan oleh pegawai kerajaan sebagai satu bentuk laluan untuk masuk ke acara rasmi.
“Walaupun NUJM telah diberi akses untuk sebahagian besar acara rasmi, tetapi ia tidak menjamin akses bagi individu lain yang membawa kad media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) yang sama.
“Kami berharap penyelarasan SOP ini akan memberi akses lebih baik tidak kira sama ada media tradisional atau yang baharu bagi membolehkan pengamal media menjalankan tugasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu dipetik MalaysiaGazette.
Beliau berkata NUJM berpegang kepada etika kewartawanan yang wujud sejak pembentukannya pada 1962 berdasarkan Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ).
Terdahulu, media melaporkan JaPen mengeluarkan kad media dengan tempoh sah yang jauh lebih pendek untuk beberapa wartawan media dalam talian dari pelbagai agensi berita.
Beberapa wartawan dalam talian menerima kad media yang hanya mempunyai tempoh sah enam bulan, manakala yang lain diberikan kad dengan tempoh sah selama setahun.
Ini jauh lebih pendek berbanding tempoh sah dua tahun standard untuk kad media yang dikeluarkan kepada media tempatan dan bercanggah dengan dasar dinyatakan di laman web Jabatan Penerangan.
Sementara itu, JaPen memaklumkan pihaknya sedang menyelaras SOP kad perakuan media (KPM) JaPen, termasuk berkaitan tempoh sah laku kad berkenaan.
JaPen dalam kenyataan berkata walaupun proses penyelarasan itu akan mengambil sedikit masa, pengamal media masih boleh memperbaharui kad perakuan media mereka yang telah tamat tempoh. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment