NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MPBP batal lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah

Tindakan diambil MPBP itu selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan, ia dilakukan selepas syarikat terbabit didapati melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.

Notis itu diserahkan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin kepada Pengarah Urusannya, Soh Hui San di Menara MPBP, Jalan Rugayah, di sini, semalam.

Semalam, kilang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading, di sini menutup operasi melalui satu memo yang ditampal pada kain rentang di pagar premis itu.

Ia sehari selepas kilang terbabit diserbu polis yang menemui lima pasang stoking dalam premis terbabit.
Kilang yang beroperasi sekian sejak lama, terbabit dalam aktiviti pembungkusan dan pengedaran stoking yang diimport dari China terutama kepada kedai serbaneka KK Mart.

Tindakan itu menyebabkan pelbagai pihak bangkit dan menuntut pengurusan kilang serta kedai serbaneka itu memohon maaf.

Disebabkan isu terbabit, Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Negeri bagi pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh isu persendaan agama Islam termasuk kalimah Allah.

Pada masa sama, satu garis panduan khas dirangka bagi menggariskan bagaimana perniagaan di negeri ini perlu dijalankan dalam suasana mesra agama serta tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

Sumber | Buletin TV3

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo