SHAH ALAM - Berduka dengan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat peperangan, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta semua kepimpinan dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) untuk tidak bermewah menyambut Aidilfitri.
Beliau yang juga Presiden Amanah turut menasihati agar mereka bersederhana dalam membuat persediaan dan menyambut hari raya.
“Sebarang persediaan untuk makanan mewah dan sebagainya, wang itu kita gunakan untuk membantu rakyat Palestin khasnya di Gaza yang sedang menderita kelaparan.
“Tunjukkanlah simpati kita kepada rakyat Palestin. Oleh itu, majlis besar-besaran Aidilfitri dengan makanan yang pelbagai juadah kalau boleh dikurangkan kali ini, menunjukkan simpati penuh kita kepada penderitaan di atas dasar kemanusiaan,” katanya dalam satu perkongsian video di Facebook pada Ahad.
Konflik antara Israel-Hamas meletus di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Sejak 154 hari peperangan meletus, lebih 30,000 rakyat negara berkenaan telah terkorban dan lebih 70,000 dilaporkan cedera manakala kira-kira 1,000 individu menjadi tawanan kedua-dua pihak.
Dalam perkembangan terbaharu, Pejabat Akhbar Kerajaan Hamas melaporkan sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Nuseirat, Gaza.
Jurucakap pejabat media kerajaan, Salama Maarouf berkata, serangan itu adalah satu daripada 60 serangan udara yang dilaporkan pada Sabtu.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment