PASIR PUTEH: Kerajaan negeri akan menaik taraf laluan pejalan kaki di Terusan Semerak dan membina landskap bagi menceriakan pembangunan Tok Bali.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, kawasan itu sudah siap dibina infrastruktur asas termasuk surau, tandas dan wakaf.
Bagaimanapun, katanya kemudahan itu agak terbiar dan tidak diselenggara dengan baik akibat vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.
“Perancangan baru di tebing Terusan Semerak akan mengembalikan dataran itu menjadi tempat tumpuan keluarga terutamanya pada waktu petang dan hujung minggu.
“Selain itu mampu menjadi daya tarikan kepada pemancing terutamanya perancangan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) untuk mengadakan perkhidmatan jeti bot ke Pulau Perhentian sekiranya dilulus Jabatan Laut,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Sebelum itu beliau meninjau pembangunan di Pantai Bisikan Bayu.
Hadir sama Ketua Jajahan Pasir Puteh Ahmad Adlee Yasin, ADUN Semerak, Norsham Sulaiman, bekas wakil rakyat Wan Hassan Wan Ibrahim dan wakil-wakil agensi kerajaan.
Oleh itu Hilmi berharap orang ramai menjaga kebersihan bagi mempopularkan semula kawasan pelancongan tersebut. – HARAKAHDAILY 26/3/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment