- Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata saman difailkan itu sebelum ini adalah sebagai langkah untuk memastikan semua pihak memahami dengan jelas tentang kedudukan McDonald’s Malaysia dalam konflik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.
- “Dengan hasil positif mediasi dan penjelasan dibuat BDS dalam kenyataan terkini mereka, bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel sama sekali tiada kena mengena dengan McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman fitnah tersebut.
- “Kami tetap teguh dengan pendirian kami untuk tidak menyokong dan tidak terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
- Pada Disember tahun lalu, media melaporkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia.
- Pemilik francais McDonald’s di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) menuntut jumlah kerugian hasil RM3 juta, pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan tamat tempoh bahan (RM1.5 juta).
KUALA LUMPUR — McDonald’s Malaysia akan menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia berikutan hasil positif mediasi dan penjelasan dibuat gerakan itu.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata saman difailkan itu sebelum ini adalah sebagai langkah untuk memastikan semua pihak memahami dengan jelas tentang kedudukan McDonald’s Malaysia dalam konflik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.
“Dengan hasil positif mediasi dan penjelasan dibuat BDS dalam kenyataan terkini mereka, bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel sama sekali tiada kena mengena dengan McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman fitnah tersebut.
“Kami tetap teguh dengan pendirian kami untuk tidak menyokong dan tidak terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azmir berkata pihaknya sangat bersimpati dengan nasib mereka yang tidak bersalah di tengah-tengah konflik melanda di Gaza.
Beliau mengutuk semua bentuk keganasan dan berdoa supaya peperangan segera tamat dan keamanan dapat diwujudkan secara berterusan.
“McDonald’s Malaysia terus menyokong rakyat Palestin yang terkesan melalui sumbangan kami kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan pelbagai inisiatif pengumpulan dana oleh warga kerja kami untuk terus menyokong misi bantuan di Gaza.
“Kami berharap keputusan yang dibuat hari ini membolehkan semua pihak berganding bahu dan menumpukan usaha mencari penyelesaian demi menegakkan keadilan,” katanya.
Azmir juga berkata pihaknya berbangga menjadi sebahagian anggota masyarakat di Malaysia selepas beroperasi lebih empat dekad di Malaysia dan sebagai perniagaan 100 peratus milik Muslim.
Beliau berkata pihaknya juga akan tetap komited untuk bersikap telus, menjalankan perniagaan yang beretika dan melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap seluruh rakyat Malaysia.
Pada Disember tahun lalu, media melaporkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia.
Pemilik francais McDonald’s di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) menuntut jumlah kerugian hasil RM3 juta, pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan tamat tempoh bahan (RM1.5 juta).
Dalam pernyataan tuntutannya, GAR berkata syarikat itu 100 peratus dimiliki orang Islam dan 55 peratus daripada pelanggannya merupakan Muslim.
Untuk makluman, mediasi adalah alternatif penyelesaian kes secara baik, tanpa melalui proses perbicaraan penuh dengan mediator terdiri daripada hakim dan pegawai kehakiman berpengalaman. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment