NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Makin ramai doktor kontrak berhenti, “berhati-hati” dengan sistem kesihatan negara



  • Kerajaan diingatkan berhati-hati dengan situasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang susulan peningkatan jumlah doktor kontrak berhenti dari perkhidmatan awam.
  • “Sebenarnya dalam Malaysia, realiti jumlah doktor kontrak yang berhenti dari kerajaan semakin bertambah hari ke hari.
  • “Berhati-hati dengan sistem kesihatan kita 10 tahun akan datang. Mungkin fasiliti kesihatan kerajaan akan tidak mampu lagi menampung beban jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan. Akhirnya hospital dan klinik swasta menjadi lebih dominan,” kata Pengasas dan pengarah Klinik Iris, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman menerusi hantaran di Facebook pada Isnin lalu.
  • Bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada tahun lalu dilaporkan sebagai berkata seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan iaitu secara purata adalah 1.91 peratus setahun dalam tempoh 2017 hingga 2022.
  • Mengulas situasi di Korea Selatan, Dr Arisman berkata tanpa doktor pelatih, maka doktor tetap akan terkontang-kanting dan merasa sangat penat hinggakan ia boleh menyebabkan pegawai perubatan itu berhenti kerana tidak tahan beban kerja tanpa “doktor pembantu.”

KUALA LUMPUR — Kerajaan diingatkan berhati-hati dengan situasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang susulan peningkatan jumlah doktor kontrak berhenti dari perkhidmatan awam.

Pengasas dan pengarah Klinik Iris, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata pada masa akan datang berkemungkinan fasiliti kesihatan kerajaan tidak mampu lagi menampung beban jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan.

Beliau berkata situasi itu akan menyaksikan hospital dan klinik swasta menjadi lebih dominan daripada hospital atau klinik kerajaan.

“Sebenarnya dalam Malaysia, realiti jumlah doktor kontrak yang berhenti dari kerajaan semakin bertambah hari ke hari.

“Berhati-hati dengan sistem kesihatan kita 10 tahun akan datang. Mungkin fasiliti kesihatan kerajaan akan tidak mampu lagi menampung beban jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan. 

“Akhirnya hospital dan klinik swasta menjadi lebih dominan. Waktu itu barulah masyarakat akan melihat kerjaya doktor itu adalah sangat penting.

“Kerajaan Malaysia perlu akui semua pegawai kesihatan adalah satu aset yang penting dalam kestabilan sebuah negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata demikian susulan doktor pelatih di Korea Selatan baru-baru ini dilaporkan tetap dengan pendirian berhenti daripada perkhidmatan di mana hanya sedikit menunjukkan tanda akan kembali bekerja, ketika badan pakar perubatan global menyokong bantahan terhadap rancangan negara itu yang mahu meningkatkan pengambilan ke sekolah perubatan.

Media melaporkan hampir 9,000 doktor pelatih tidak bekerja, sekali gus mengingkari arahan kerajaan yang setakat ini hanya 565 kembali bertugas.

Ini menjadikan 100 hospital utama di negara itu kehilangan sekitar 71 peratus daripada pengamal perubatannya.

Bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada tahun lalu dilaporkan sebagai berkata seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan iaitu secara purata adalah 1.91 peratus setahun dalam tempoh 2017 hingga 2022.

Dr Zaliha berkata antara puncanya adalah pegawai perubatan kontrak berkenaan memilih berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun yang berkemungkinan menawarkan gaji lebih menarik, membuka klinik sendiri dan melanjutkan pelajaran.

Beliau berkata ada juga berhijrah ke luar negara atas sebab peribadi atau masalah kesihatan, termasuk tekanan mental.

Mengulas situasi di Korea Selatan, Dr Arisman berkata tanpa doktor pelatih, maka doktor tetap akan terkontang-kanting dan merasa sangat penat hinggakan ia boleh menyebabkan pegawai perubatan itu berhenti kerana tidak tahan beban kerja tanpa “doktor pembantu.”  — The Merdeka Times


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo