KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan takrif ‘khawarij’ yang tepat dalam konteks di negara Malaysia, demikian gesa Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden (PN-Alor Setar).
Katanya, beliau difahamkan terdapat komuniti Madani di peringkat antarabangsa yang membawa penekanan dengan melabel kelompok tertentu ‘khawarij’ dan perkara sama menular ke negara ini.
“Saya baru pulang dari Madinah, saya berjumpa pelajar di sana dan saya difahamkan mungkin ada komuniti Madani di peringkat antarabangsa dalam kalangan belia, saya tidak pasti itu di bawah kementerian YB atau tidak.
“Perkara sama yang dibawa iaitu silibus dalam usrah mereka (mengenai) ‘khawarij’, penekanan khususnya diberikan tentang ‘khawarij’ pada ketika ini. Siapa yang ditujukan ‘khawarij’? Saya minta YB bincang dengan kabinet beri takrif yang tepat dalam konteks kita di Malaysia,” gesanya.
Beliau berkata demikian semasa mencelah sesi penggulungan oleh Kementerian Komunikasi kepada Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Sebelum itu, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) menyentuh perkara sama iaitu mengenai ‘khawarij’ yang begitu menjadi kebimbangan di peringkat kerajaan.
“Adakah dalam kerajaan juga tackle contohnya fahaman yang dipengaruhi fahaman ‘muktazilah’, mungkin menggunakan perkataan yang ada elemen bahasa Arabnya tetapi tafsirannya jauh melencong dan mungkin lebih berbahaya,” soalnya.
Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, sebarang perkara yang bersangkutan terutama melibatkan fahaman agama, kementeriannya akan merujuk kepada Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Jadi kita akan teliti dari masa ke semasa seperti yang disebut,” ujarnya.
Fadzil dalam masa sama mengambil maklum berhubung persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Alor Setar. – HARAKAHDAILY 13/3/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment