AHMAD Zulqarnain mengumumkan kadar dividen KWSP. FOTO Redzuan Muharam
AHMAD Zulqarnain mengumumkan kadar dividen KWSP. FOTO Redzuan Muharam

Shah Alam: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM50.3 bilion dan 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM7.5 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.8 bilion.

Kadar itu lebih tinggi berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, setakat 31 Disember 2023, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM66.99 bilion.

Jumlah itu meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022.

Katanya, jumlah itu adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan.