- 12 kumpulan utama hak asasi manusia Israel bergabung mengecam kerajaan negaranya sendiri berikutan gagal mematuhi keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memandatkan kepada mereka untuk memastikan agihan bantuan kemanusiaan tiba di Gaza.
- “Sebagai ahli masyarakat sivil yang berpangkalan di Israel yang komited terhadap hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, kami mengecam hakikat bahawa Israel setakat ini gagal mengubah tingkah lakunya berdasarkan langkah-langkah yang dikenakan oleh ICJ, serta fakta jelas menunjukkan bahawa bantuan kemanusiaan ke Gaza menurun sebanyak 50 peratus pada bulan keputusan ICJ itu dikeluarkan.”
LONDON – 12 kumpulan utama hak asasi manusia Israel bergabung mengecam kerajaan negaranya sendiri berikutan gagal mematuhi keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memandatkan kepada mereka untuk memastikan agihan bantuan kemanusiaan tiba di Gaza.
Laporan Guardian menyatakan, 12 kumpulan hak asasi manusia Israel itu menulis surat terbuka yang mengingatkan zionis bahawa Israel terikat secara sah untuk melaksanakan langkah yang diperintahkan namun gagal melaksanakan ia.
Surat terbuka tersebut turut menyatakan perintah ICJ adalah undang-undang yang wajib dipatuhi bagi menamatkan bencana kemanusiaan di Gaza.
“Sebagai ahli masyarakat sivil yang berpangkalan di Israel yang komited terhadap hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, kami mengecam hakikat bahawa Israel setakat ini gagal mengubah tingkah lakunya berdasarkan langkah-langkah yang dikenakan oleh ICJ, serta fakta jelas menunjukkan bahawa bantuan kemanusiaan ke Gaza menurun sebanyak 50 peratus pada bulan keputusan ICJ itu dikeluarkan.”
Surat terbuka itu ditandatangani 12 kumpulan hak asasi termasuk Breaking the Silence, sekumpulan veteran tentera Israel yang menentang pendudukan haram , dan Persatuan Hak Sivil di Israel.— The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment