NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPM dipersoal tidak jemput wakil kerajaan negeri




KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu melibatkan atau menginteraksikan kedua belah pihak iaitu Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan.

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mempersoalkan sama ada terdapat polisi-polisi baru diperkenalkan oleh KPM yang mengehadkan keterlibatan pihak kerajaan negeri.

Khususnya kata beliau, program-program yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri dalam jemputan program tertentu seperti telah tertular sebelum ini.

Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pendidikan semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak perlu ikut garis panduan yang telah disediakan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Jadi patuhi garis panduan tersebut. Program-program jemputan ini dia mesti ada proses dia. Dan saya yakin YB, Exco semua tahu tentang garis panduan tersebut dan saya minta untuk dipatuhi sahaja,” jawab beliau. – HARAKAHDAILY 13/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo